HATI DLM SAINTIFIK



Dalam biologi,ak penah belajar hati adalah organ penting dalam badan manusia....bla..bla...



Istilah perubatan yang berkaitan dengan hati sering kali bermula dari perkataan Greek bagi hati iaitu hepar, menjadi hepato- atau hepatic. Hati berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam rongga abdomen. Hati menerima makanan terlarut dalam darah apabila makanan ini tercerna dan diserap di usus.



Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan. Antaranya :





  • Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.


  • Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.


  • Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.


  • Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.


  • Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.


  • Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI


  • Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.


  • Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.


  • Menguraikan molekul hemoglobin tua.


  • Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.

No comments:

Post a Comment