
jika dikatakan hati ini buta menilai hati yg lain,
mungkin benar
kerana hati itu sukar dijangka...
sukar utkku selami hati seorang teman
terasa seperti persahabatan itu seumpama sehelai daun yg berguguran
pudarnya daunan itu sama seperti suramnya persahabatan ini
andai benar ini pilihanmu
apa daya ku seorang insan biasa
tp jika ak diberi pilihan
persahabatan itu ku bawa ke mati
tiada noktah bg hubungan ini
kerana persahabatan ku hanya utk seumur hidup
Sungguh,
Ak kecewa…
Adakah mmg ak tidak layak utk mendapat kesenangan tika itu..
Mengapa saat itu, ak kebingungan..
Ya Allah,
Sungguh ak sedih..
Kenyataan ini tidak dpt ku terima..
Nangisku dlm diam..tiada siapa yg tahu..
5/11

30.1 12.10am
Sungguh kurasa hati ini merindui keluarga yg kusayangi selama ini.
Ak hairan mengapa hanya kerana hal remeh, hatiku harus terguris, sedangkan ak tahu mereka tidak berniat begitu.
Ak hairan kenapa hatiku sensitif sedangkan sebelum ini, hatiku tekal. Tidak terusik biarpon pelbagai situasi yg merentang
Kdg2 ak tertanya,,,adakah kerana umurku yg meningkat atau diriku yg semakin hampir ke penghujung?
Ya Allah, sungguh ak x tahu.mengapa hati ini degil dr usaha utk melupakan hal yg tidak seberapa ini.
Darah merah ditubuhku sama dengan darah mereka tp kenapa harus ak rentangkan jurang antara kami…
Tlglah aku Ya Allah.moga dapat aku lupakan kepedihan ini spya hati ini tidak lagi tersiksa.jua tiada lg hati lain yg akan kusiksa…
Ak ingin belajar utk memaafkan..
Ternyata ia adalah suatu yg sgt sukar
Tiada yg lebih sukar bg hati kecilku ini melainkan memberikan sedikit ruang kemaafan buat insan yg disayangi
Ternyat ak rapuh dalam perjuangan yg sekecil ini…
Biarpun ak yg terluka tp kebenarannya akulah yg memulakan semua ini…jika ak sentiasa berhati2 ,semua ini takkan terjadi
Ak khilaf dlm membuat keputusan
Tindakanku melulu
Dan akhirnya akulah yg tersiksa
Menahan rasa bersalah jua kerinduan pd mereka
Ak merajuk tp tiada yg memujuk
Tp sungguh ak lebih takut skiranya mereka yg merajuk sehiingga tidak mampu ku pujuk…
Biarpun kasih mereka itu masih ada utkku
Tatkala hati terguris
Jiwa lesu
Tiada bicara
Minda kusut
Rasa terbuang
Lena x kunjung
Rindu menerpa
Tp pd siapa
Tiada yg tahu


No comments:
Post a Comment