Teman,
Andai ada pilihan,
kau tetap pilihanku
kerna aku tahu
kau terbaik buatku
Teman,
andai suatu hari
dikau pergi
tiada yang lain
tetap kau kunanti
Teman,
Andai ada khilafku,
biar pada kata,
jua perbuatan,
jujur maaf kupinta,
kerna sesungguhnya,
bukan niatku melukakanmu,
hanya yang terbaik ku mahu untukmu
Teman,
andai kata
suatu hari aku pergi,
ingatilah daku selalu,
doakanlah aku
kerna tiada satu hari
aku tanpamu dihati....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment