LUKISAN HATI 79


aku masih mengingati lintasan hati ini tika tadi...

"hati ini milik ALLAH...
kerna biar seteliti mana pon ku jaga, hati ini masih sakit,
biar sebaik mungkin kuelakkan dari dilukai...
tapi akhirnya tertoreh jua"

aku sendiri tidak pasti
adakah aku kecewa dgn mereka?
atau aku kecewa dgn diri ini yg masih mengharap...
walaupun aku tahu,
aku tidak sepatutnya berharap...
luka semalam masih belum sembuh, namun hati ini tetap berdegil
mengapa kau terlalu lemah wahai hati???
jika kau mengalah lagi,
aku pasti tiada yg lebih parah melainkan diri sendiri...

aku selalu alpa,
sukar untuk aku menghalang diri
kenapa begini???
adakah aku terlalu sensitif???
atau adakah diri ini terlalu kompleks???
sudah berkali ku ingatkan diri...
jangan...
jangan... dan jangan pernah berharap
pada mereka
kerana sudah jelas
mereka bukan seperti diri ini
mereka berbeza
dan takkan pernah sama
sekalipun takkan sama
biar beribu kali mereka
mengatakan kita serupa
namun hakikatnya
jgn dilupa lagi
mereka bukan serumpun
mereka takkan sama
jangan kerana sayangkan mereka
kau izinkan hati dilukai lagi
mungkin itu bukan sayang
cuma perasaan yg timbul kerana
terlalu banyak masa dan tenaga kau peruntukkan untuk mereka
mengertilah
kau bukan sesiapa utk mereka

biar sedih gembira tiada lagi
tapi itu lebih baik dari hati disakiti lagi...

tapi adakah aku terlalu mengikut perasaan???

kata ayahku, jgn terlalu mengikut perasan
org begini selalu rugi

munurut kata ibuku,
tidak salah mengalah, kerana lagi banyak kebahagian akan menyusul
sekiranya kesakitan itu kau pinggirkan

dan kataku
jgn biarkan kekecewaan
menghalang diri dari merasa bahagia

mungkin peluang hanya satu
selagi ALLAH berikan masa
perbaikinya
INSYAALLAH....

Ya ALLAH
jauhkan syaitan dan iblis dari menghasut diriku ini
memutuskan silaturrahim
moga ukhwah yg terbina ini
tetap kekal
biar pernah ada luka yg tertoreh di hati....

AMIN....


No comments:

Post a Comment